Floorball wanita menang gangsa

Sukan SEA Filipina 2019
Sukan SEA Filipina 2019
A
A
A

MANILA – Hanya beberapa minit selepas peserta wushu, Loh Choon How menyumbang pingat emas pertama negara dalam Sukan SEA ke-30, pasukan floorball wanita memenangi pingat gangsa.

Malaysia mengalahkan tuan rumah, Filipina atas peraturan ‘golden goal’ selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa gol dalam tiga saingan dalam pertandingan menentukan pingat gangsa, di UP College Of Human Kinetics Gym.

Ini bermakna pemenang perlu ditentukan menerusi ‘sudden death’ di mana Malaysia mengejutkan tuan rumah melalui gol Nurfarah Syahira Md Yusof untuk membawa pulang pingat gangsa.

Malaysia memulakan kempen dengan dua kekalahan 2-8 ke Thailand dan juara bertahan, Singapura sebelum menang 8-2 menentang Indonesia dan terikaqt 4-4 dengan Filipina dalam perlawanan pusingan robin.

Ketika floorball dipertandingkan sebagai acara pingat pada 2015 Sukan SEA Singapura, Malaysia terpaksa pulang ke rumah dengan tangan kosong kerana hanya tiga pasukan yang bermain.

Floorball mula meraih populariti sejak 1986 di Sweden dan sukan itu kini dimainkan di lebih daripada 80 buah negara.

Setiap pasukan mempunyai lima pemain dan penjaga gawang dan perlawanan dimainkan dalam tiga saingan dalam tempoh 20 minit. -Bernama

Artikel Berkaitan: