Protes campur tangan lantikan MPKK

Sebahagian Ahli Bersatu melakukan protes di depan Pejabat Penyelaras Dun Bayu hari ini.
Sebahagian Ahli Bersatu melakukan protes di depan Pejabat Penyelaras Dun Bayu hari ini.
A
A
A

BALING - Sebahagian Ahli Bersatu mendakwa senarai asal lantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ( MPKK) di daerah ini telah dirombak pihak tertentu.

Ketua Armada Baling, Abdul Ghafar Shuib berkata, senarai nama MPKK bagi tiga kawasan Dun dalam daerah telah dihantar kepada pejabat berkenaan namun ditukar.

Menurutnya, hampir semua 108 nama dipersetujui dan ditandatangani telah dihantar kepada pejabat berkenaan namun ditukar kepada nama individu lain.

"Borang yang kami hantar tidak diterima tetapi borang telah dirombak diterima pula.

Masalah seperti inilah yang menjadi kelewatan lantikan MPKK.

"Paling banyak diubah ialah nama dari Bersatu dan sebilangan nama daripada PKR," katanya pada Sidang Media di Pejabat Penyelaras Dun Bayu, di sini hari ini.

Terdahulu, protes dibuat beberapa ahli dengan mengangkat sepanduk bantahan di depan Pejabat Penyelaras Dun Bayu.

Beliau berkata, nama-nama mereka yang berjuang bersama PH sebelum PRU telah diganti dengan ahli Umno yang baru sertai Bersatu.

Artikel Berkaitan:

"Kita nak tolak budaya Umno. Nama-nama diplih sekarang semua nama orang yang hentam kita dulu tetapi dilantik," katanya.

Abdul Ghaafar berkata, proses lantikan hanya boleh dibuat Penyelaras Dun dan Adun bukannya pihak lain.

"Pada borang lantikan MPKK dikeluarkan kerajaan negeri pada bahagian belakang juga ada dinyatakan perkara ini," katanya.

Menurutnya, bantahan akan terus dibuat sekiranya masalah tidak diselesaikan.

"Kita tengok di bahagian lain pengurusan MPKK telah selesai. Tetapi di Baling jadi lewat sebab ada campur tangan.

"Kami juga pucuk pimpinan pantau masalah di Baling dan tukar pihak yang buat kacau," katanya