Exco puas hati pengurusan banjir di Terengganu

Hanafiah melihat seorang bayi yang ditempatkan di PPS di daerah Besut ketika melakukan tinjauan ke pusat pemindahan mangsa banjir petang semalam.
Hanafiah melihat seorang bayi yang ditempatkan di PPS di daerah Besut ketika melakukan tinjauan ke pusat pemindahan mangsa banjir petang semalam.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Exco Kerajaan Negeri Terengganu berpuas hati dengan kaedah pengurusan bencana di negeri ini selepas melakukan tinjauan di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini semalam.

Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat berkata, beliau sempat meninjau PPS di Sekolah Kebangsaan Seri Payong dan Sekolah Kebangsaan Seri Tenang di Besut.

"Saya berpuas hati melihat Jawatankuasa banjir dengan kerjasama bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan agensi lain yang bertungkus-lumus memastikan kebajikan mangsa terjaga," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Hanafiah (duduk, kanan) mendengar taklimat diberikan oleh jawatankuasa pengurusan bencana di daerah Besut.
Hanafiah (duduk, kanan) mendengar taklimat diberikan oleh jawatankuasa pengurusan bencana di daerah Besut.

Hanafiah turut menasihati semua mangsa banjir bersabar mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh pihak jawatankuasa pengurusan bencana.

Berdasarkan Info Bencana JKM setakat ini terdapat 1,391 mangsa di 35 PPS melibatkan empat daerah iaitu Besut, Setiu, Dungun dan Hulu Terengganu.

Artikel Berkaitan: