Misi Mujahid mengangkat Islam di era Malaysia Baharu

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa (kanan) menjawab pertanyaan media selepas menyampaikan amanat 'Gagasan Pentadbiran Islam Di Era Malaysia Baharu' kepada warga agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri di Auditorium Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini. - Foto Bernama
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa (kanan) menjawab pertanyaan media selepas menyampaikan amanat 'Gagasan Pentadbiran Islam Di Era Malaysia Baharu' kepada warga agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri di Auditorium Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof hari ini memperkenalkan visi dan misi dibawah kementeriannya untuk mengangkat martabat Islam dalam era Malaysia Baharu.

Mujahid memterjemahkan visi dan misi itu dalam tujuh kluster teras strategik bagi menentukan hala tuju pentadbiran agama di Malaysia.

"Iaitu Kluster Perundangan dan Kehakiman “Memperkasakan Perundangan dan Kehakiman Syariah melalui reformasi berterusan pentadbiran kehakiman, penggubalan undang-undang dan peningkatan profesionalisme hakim-hakim syarie.”

"Selain itu, kluster Pendidikan dan Pembangunan Insan "Membina keperibadian Muslim yang holistik dan inklusif di setiap peringkat dan dalam berbagai sektor bagi menyumbang kepada cita-cita membina Malaysia Baharu," katanya dalam Perhimpunan Agensi-Agensi Di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agamagama) yang berlangsung di Auditorium, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Tambahnya, kluster tiga adalah Dakwah dan Media "Melahirkan medan dakwah yang inovatif dalam menyampaikan mesej Rahmatan Lil Alamin melalui platform media yang pelbagai dengan penyelerasan yang efektif.

"Manakala kluster empat pula adalah Sosio Ekonomi "Memperkasakan ekonomi Islam berteraskan keperluan sosial (social economy) dalam menangani kemiskinan dan meningkatkan taraf kehidupan."

"Kluster seterusnya adalah Pengurusan Haji dan Pensijilan Halal "Meningkatkan model pengurusan Haji menjadi no 1 di dunia dan meneruskan usaha baikpulih Tabung Haji secara menyeluruh serta mempertingkatkan infrastruktur pensijilan Halal bertaraf dunia."

"Kluster enam, Pengurusan Masjid "Transformasi Masjid mengikut acuan R.A.H.M.A.H melalui pengurusan qaryah yang efisyen dan program yang menyumbang kepada melahirkan masyarakat yang aman dan sejahtera.”

Artikel Berkaitan:

"Dan terakhir adalah kluster ketujuh, iaitu Penyelidikan dan Budaya Maqasid "Membangunkan penyelidikan Islam berasaskan nilai-nilai Maqasid dan menyumbangkan hasil kajian merentasi berbagai sektor sehingga dapat melahirkan budaya berfikir Maqasid dalam membuat perancangan dan bertindak," katanya.

Jelasnya, dengan terbentuknya tujuh kluster ini, beliau harap dapat menyempurnakan platform dalam memandu hala tuju agensi-agensi agama ke arah memartabatkan Islam dan memelihara kemaslahatan ummah serta menjadikan Malaysia sebagai model negara Islam yang unggul berdasarkan konsep Rahmatan lil ‘alamin.