X

Kindly register in order to view this article
!

Dua anggota polis antara 345 ditahan positif dadah di pusat hiburan

Antara pengunjung yang diperiksa dalam Op Club Rats 2.0 malam tadi.
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 345 pengunjung pusat hiburan termasuk dua anggota polis lelaki dan 31 warga asing ditahan kerana positif dadah dalam Op Club Rats 2.0 di seluruh negara malam tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, sebanyak 56 pusat hiburan diperiksa dalam operasi bermula jam 12 tengah malam itu.

Beliau berkata, seramai 1,753 pengunjung pusat hiburan berusia antara 15 hingga 60 tahun diperiksa sebelum 345 daripada mereka ditahan selepas didapati positif dalam ujian saringan awal.

“Seramai 144 daripada mereka disyaki positif methamphetamine, 120 (amphetamine), 77 (ketamin), tiga (morfin) dan seorang (benzo).

“Dalam serbuan itu, polis mengesan 78 pengedar dadah dengan menemukan pelbagai jenis dadah seberat 656.9 gram dengan nilai RM66,836.50," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebanyak 56 pusat hiburan diperiksa dalam Op Club Rats 2.0 di seluruh negara malam tadi.
Sebanyak 56 pusat hiburan diperiksa dalam Op Club Rats 2.0 di seluruh negara malam tadi.

Mohd Khalil berkata, dua anggota polis lelaki terbabit ditahan di pusat hiburan di Kuala Lumpur atas kesalahan positif amphetamine.

Katanya, kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 manakala bagi kesalahan mengedar dan memiliki dadah disiasat mengikut Seksyen 39B, 39A (1) dan 12 (2) akta sama.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!