Pemilihan kali pertama jadikan Konvensyen Amanah lebih menarik

Mujahid
Mujahid
A
A
A

SHAH ALAM - Konvensyen Parti Amanah Negara (Amanah) 2019 dijangka lebih menarik melalui sesi pemilihan kepimpinan baharu parti berkenaan yang diadakan buat julung kalinya pada 6 hingga 8 Disember ini di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam.

Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, sesi pemilihan kepimpinan baharu itu akan dilaksanakan oleh 25 ahli jawatankuasa dalam parti berkenaan.

"Kepimpinan baharu Amanah nanti diharap akan terus membawa agenda Rahmatan Lil Alamin dan lebih penting menyumbang kepada dasar yang lebih besar iaitu Kemakmuran Bersama," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Mujahid berkata, kepimpinan parti turut membuka ruang seluas-luasnya kepada mana-mana perwakilan yang ingin membahaskan usul atau memberikan pandangan masing-masing sempena konvensyen berkenaan dan pimpinan parti juga akan memberikan penjelasan pada waktu sama.

"Semua perwakilan bebas memberi kritikan terhadap kepimpinan parti pada sesi perbahasan konvensyen kali ini.

"Parti Amanah ini telus. Jadi, mereka (perwakilan) boleh mengkritik apa sahaja selagi ada adabnya. Saya rasa mereka pun sudah tahu apakah usul yang ingin dibahaskan," katanya.

Artikel Berkaitan: