Impian 153 penduduk miliki tanah sendiri tercapai

Fatimah (depan) bersama sebahagian penerima surat hak milik tanah yang diserahkan menteri besar sempena Majlis Ramah Mesra dan Penyerahan Surat Hak Milik Kampung Seri Mahkota di sini hari ini.
Fatimah (depan) bersama sebahagian penerima surat hak milik tanah yang diserahkan menteri besar sempena Majlis Ramah Mesra dan Penyerahan Surat Hak Milik Kampung Seri Mahkota di sini hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Penantian 153 penduduk Kampung Seri Mahkota, di sini untuk memiliki tanah sendiri yang dipohon sejak lebih 30 tahun lalu berakhir apabila masing-masing menerima surat hak milik tanah itu hari ini.

Rata-rata penerima teruja dengan berita gembira tersebut serta bersyukur atas keprihatinan kerajaan negeri menyerahkan surat hak milik dinantikan-nantikan sejak sekian lama.

Bagi pesara kerajaan, Noordin Salleh, 72, dia memohon tanah seluas 0.4 hektar itu pada 1987 ketika berusia 39 tahun bersama penduduk lain untuk diusahakan sebagai kebun.

"Hari ini, saya dan penerima lain cukup gembira dan bersyukur kerana penantian untuk memiliki tanah sendiri akhirnya tercapai.

"Sukar untuk menggambarkan perasaan saya hari ini selepas surat hak milik yang tertera nama sendiri sudah berada di tangan.

"Lebih bermakna, ia diserahkan sendiri Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail," katanya ketika ditemui selepas Majlis Ramah Mesra dan Penyerahan Surat Hak Milik Kampung Seri Mahkota di sini hari ini.

Seramai 153 penduduk daripada 212 pemohon menerima surat hak milik tanah masing-masing pada majlis yang disempurnakan Wan Rosdy.

Perasaan sama turut dikongsi warga emas, Fatimah Md Shah, 71, yang bersyukur kerana masih berkesempatan menikmati saat penuh bermakna dalam hidupnya itu apabila turut menerima surat hak milik tanah.

Artikel Berkaitan:

"Gembira sangat bila nampak surat ini tertulis nama kita sendiri, jadi tanah tersebut sudah sah menjadi milik saya," katanya.