X

Kindly register in order to view this article
!

'Salji turun' di Seremban Prima

Shenny Sim (dua dari kiri) ketika sesi pelancaran Snow Rush Show di sini.
A
A

SEREMBAN - Orang ramai berpeluang melihat dan merasai sendiri pengalaman 'salji turun' di pusat membeli-belah Seremban Prima bersempena sambutan Hari Natal.

Pengurus Pemasaran Seremban Prima, Shenny Sim berkata, pertunjukan salji atau Snow Rush Show itu antara aktiviti menarik yang disediakan kepada pengunjung sepanjang Disember ini.

"Terdapat 22 sesi pertunjukan salji di sini selama 30 minit di bahagian ruang legar pusat beli-belah ini.

"Pertunjukan salji ini dapat memberi peluang kepada pengunjung merasai 'musim salji' seperti di negara musim sejuk lain," katanya pada sidang akhbar Snow Rush Show dan Christmas Event di sini hari ini.

Orang ramai membanjiri ruang legar Seremban Prima ketika pelancaran Snow Rush Show.
Orang ramai membanjiri ruang legar Seremban Prima ketika pelancaran Snow Rush Show.

Shenny Sim berkata, selain itu pengunjung terutamanya kanak-kanak boleh beramah mesra dengan maskot PJ Mask dan menyertai aktiviti mewarna.

"Dalam pada itu, untuk menyertai aktiviti 'Doraemon Figurine' clay painting peserta hanya perlu membeli-belah di Seremban Prima dengan berbelanja minimum RM20 sebagai syarat penyertaan.

"Mereka hanya perlu menunjukkan resit bayaran di kaunter penyertaan di bahagian ruang legar Seremban Prima seterusnya melayakkan mereka menyertai aktiviti itu yang telah bermula pada 30 November dan 14, 22 dan 28 Disember ini," katanya.

Pertandingan nyanyian juga akan berlangsung pada 8 Disember ini dan kempen kesedaran kesihatan oleh IMU Cares Community pada 15 Disember.

Maklumat lanjut mengenai program, orang ramai boleh ke laman Facebook Seremban Prima atau hubungi talian 06-7648282.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!