Tiga cedera dalam nahas 11 kenderaan di Karak

Antara kenderaan yang mengalami kerosakan akibat kemalangan berhampiran terowong Genting Sempah.
Antara kenderaan yang mengalami kerosakan akibat kemalangan berhampiran terowong Genting Sempah.
A
A
A

BENTONG - Seorang wanita dan dua kanak-kanak cedera dalam kemalangan melibatkan 11 kenderaan di Kilometer 35, Lebuh Raya Karak menghala Kuala Lumpur malam tadi.

Kemalangan itu membabitkan 10 buah kereta pelbagai jenis dan sebuah bas persiaran berlaku berhampiran terowong Genting Sempah kira-kira 7.30 malam.

Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor dalam satu kenyataan berkata, bomba bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan menerusi Mers 999.

"Setibanya di sana anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dapati dua mangsa kanak-kanak cedera di kepala dan seorang wanita pula cedera pada pergelangan tangan.

Mangsa dibawa ke tempat selamat sebelum dihantar ke Hospital Selayang menaiki ambulans," katanya.

Artikel Berkaitan: