X

Kindly register in order to view this article
!

Pelajar maut, tidak sempat mengelak

Mangsa maut di tempat kejadian. - Foto Ihsan PDRM
A
A

TEMERLOH - Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit kemalangan diKM 157 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan dekat Lanchang di sini hari ini.

Ketika kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa, Ahmad Daniel Mohd Nor,15, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Temerloh,Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang beralamat dari Kampung Paya Siput itu dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan.

Menurutnya, apabila tiba di tempat kejadian sebuah kereta Nissan Almera yang dipandu seorang guru wanita berusia 53 tahun telah keluar dari simpang sebelah kiri menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian pintu hadapan sebelah kanan kereta berkenaan.

"Akibat pelanggaran, mangsa tercampak ke atas jalan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu tidak mengalami kecederaan.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!