Cukai taksiran tertunggak MPK lebih RM13 juta

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menanggung hutang cukai taksiran tertunggak melebih RM13 juta sehingga tahun ini.

Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, Abd Rahim Muda berkata, terdapat kes yang dibawa ke mahkamah, tetapi ada yang tidak hadir dan ingkar perintah mahkamah telah dikenakan waran tangkap.

"Sepanjang tahun ini, sebanyak 142 kes telah dikeluarkan waran tangkap dan daripada jumlah itu, sebanyak 64 kes telah dilaksanakan.

"Pembayar cukai perlu menjelaskan cukai taksiran PBT setiap tahun bagi mengelakkan denda dikenakan sekiranya lewat bayar atau jika ada tunggakan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Abd Rahim berkata, jumlah bagi keseluruhan kes mahkamah ialah sebanyak RM18,972 melibatkan kesalahan letak kereta dan Akta Pengangkutan Jalan.

Menurutnya, keengganan masyarakat dalam menyelesaikan cukai taksiran menyebabkan pihak berkuasa tempatan (PBT) terpaksa mengambil tindakan dengan menyita harta pemilik atau dibawa ke mahkamah.

Artikel Berkaitan: