Timbalan Menteri Kerja Raya dibenarkan keluar hari ini

Mohd Anuar dibenarkan keluar dari HKL hari ini ditemani isterinya,Datin Azizah Che Mat
Mohd Anuar dibenarkan keluar dari HKL hari ini ditemani isterinya,Datin Azizah Che Mat
A
A
A

TEMERLOH - Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Anuar Mohd Tahir dibenarkan keluar dari hospital hari ini selepas lebih sebulan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh dirawat pada 26 Oktober lalu akibat minor strok dibawa pulang ke rumahnya di Subang petang tadi.

Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Kerja Raya, Ahmad Tarmizi Ismail berkata, keadaan Mohd Anuar bertambah baik dan akan menjalani fisioterapi di rumah.

"Kita doakan beliau cepat sembuh dan dapat kembali berkhidmat kepada masyarakat," katanya.

Mohd Anuar dimasukkan ke unit Neuro HWD (Neuro High Dependency Ward) Institut Kaji Saraf Tun Abdul Rahman Hospital Kuala Lumpur sejak bulan lalu akibat strok.

Mohd Anuar dibawa pulang ke rumahnya di Subang petang tadi.
Mohd Anuar dibawa pulang ke rumahnya di Subang petang tadi.

Artikel Berkaitan: