Pendaki solo terkenal AS maut ketika mendaki di Mexico

-Foto Facebook Brad Gobright
-Foto Facebook Brad Gobright
A
A
A

MEXICO CITY - Seorang pendaki solo bebas terkenal di dunia maut selepas terjatuh dari ketinggian 300 meter di utara Mexico semalam.

Ketika kejadian, Brad Gobright, 31, dari Amerika Syarikat (AS) dan rakannya, Aidan Jacobson, 26, sedang mendaki laluan yang dikenali sebagai Shining Path di negeri utara Nuevo Leon.

Menurut saksi, Gobright telah selesai mendaki puncak setinggi 900 meter dan sedang turun (rappeling) semasa kemalangan berlaku.

Jacobson jatuh pada jarak yang lebih pendek dan mengalami kecederaan namun Gobright jatuh kira-kira 300 meter sekali gus menyebabkannya meninggal dunia.

Gobright terkenal dengan pendakian solo bebas tanpa menggunakan sebarang alat keselamatan atau tali. - Agensi

Artikel Berkaitan: