Taufan Tisoy ancam Sukan SEA 2019

Taufan Tisoy dijangka membadai Manila Selasa depan. - Foto Pagasa
Taufan Tisoy dijangka membadai Manila Selasa depan. - Foto Pagasa
A
A
A

MANILA - Atlet yang bersaing dalam Sukan SEA 2019 mungkin perlu berdepan hujan lebat apabila venue bagi acara sukan dwitahunan itu bakal dibadai taufan Tisoy.

Menurut Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geofizik dan Astronomi Filipina (Pagasa), ribut tropika yang akan meningkat menjadi taufan dijangka menjengah kawasan tersebut pada esok atau Ahad.

Pagasa memberitahu, kawasan untuk acara Sukan SEA akan menjadi basah sebaik sahaja taufan mula membadai Filipina.

"Tisoy akan mendarat di Selatan Luzon pada Selasa depan dan ia akan membawa hujan lebat di kebanyakan rantau termasuk di Metro Manila dan Tengah Luzon yang menjadi tempat rasmi bagi acara Sukan SEA.

"Pihak kami sedang melakukan pelarasan dengan penganjur Sukan SEA untuk mengemas kini cuaca terutamanya bagi acara yang melibatkan air laut," menurut agensi itu.

Sementara itu, Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Tenggara Filipina (Phisgoc) berkata, pihaknya telah menyediakan pelan kontingensi.

"Kami bersedia untuk itu dan kami akan bertemu dengan semua pengurus tempat untuk membincangkan mengenai pelan tersebut," katanya. - Agensi

Artikel Berkaitan: