Tiga tokan dadah kantoi

Tiga tokan dadah ditahan dalam operasi berasingan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang kelmarin.
Tiga tokan dadah ditahan dalam operasi berasingan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang kelmarin.
A
A
A

ALOR SETAR - Tiga tokan dadah berjaya diberkas polis dalam operasi berasingan di Pendang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, mereka ditahan di Kampung Kubang Pisang dan Kampung Namdam oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang.

Menurutnya, pihaknya mengesan aktiviti tiga lelaki berusia antara 30 hingga 40 tahun sebagai pengedar dadah di sekitar Kubur Panjang di sini sebelum bertindak menahan mereka.

"Melalui pemeriksaan dalam serbuan berasingan tersebut, pihaknya menemui 15 peket plastik lut sinar yang mengandungi serbuk hablur disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 20.2 gram (g).

"Turut ditemui, dua peket plastik lut sinar yang berisi dadah disyaki heroin dianggarkan seberat 2.03g," katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga lelaki berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 12(2) ADB 1952.

Artikel Berkaitan: