Penumpang kelas perniagaan berang dapat sarapan roti hangus

Foto tular di laman sosial.
Foto tular di laman sosial.
A
A
A

MIAMI - Seorang penumpang kelas perniagaan British Airways menyifatkan sarapan yang dinikmati ketika menaiki pesawat itu sangat menjijikkan hanya kerana roti tomato dan keju terlebih masak dan hangus.

Pengarah syarikat kejuruteraan itu yang enggan dikenali membuat naik foto sarapan itu sebelum tular di laman sosial.

Katanya, dia perlu membayar AS$12933 (RM53,975) untuk penerbangan dari Miami, Amerika Syarikat ke Heatrow, namun layanan diterima tidak setimpal dengan harga itu.

"Sarapan menjijikkan dihidangkan dalam kelas perniagaan dalam pesawat BA 208 dari Miami ke LHR pada 21 November," tulisnya.

Mirror melaporkan, seorang jurucakap British Airways berkata, pihaknya berbesar hati dengan kualiti produk yang mereka sajikan kepada penumpang.

"Buat masa ini, kami tidak menerima sebarang aduan mengenai katering bagi penerbangan tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan: