Jualan buku 60 jam tanpa henti kembali lagi!

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Dengan tawaran harga serendah RM10, lebih 100,000 buku meliputi 12 genre bakal menjadi rebutan pengunjung pada pesta buku bahasa Melayu terbesar di Malaysia, Negara Buku Mega di bermula hari ini di Kompleks Karangkraf, Seksyen 15 di sini.

Lebih menarik, edisi ketiga pesta buku ini bakal menyaksikan penganjuran 60 jam tanpa henti bermula jam 9 pagi hari ini hingga Ahad ini bagi membolehkan pengunjung dari seluruh negara merebut peluang memiliki bahan bacaan pada harga murah.

Ketua Pegawai Eksekutif Negara Buku Mega, Zulhilmi Daud berkata, pesta buku kali ini bakal menghimpunkan lebih 30 penerbit tempatan termasuk Karangkraf dengan jangkaan kehadiran lebih 150,000 pengunjung.

"Tahun lalu kita terima kehadiran lebih 70,000 pengunjung. Tahun ini kita jangkakan kehadiran lebih ramai mencecah 150,000 orang berdasarkan situasi semasa.

"Dengan harga senaskhah buku kekal RM10, kita mengetengahkan 12 genre bahan bacaan diketengahkan antaranya akademik, kanak-kanak, novel, buku-buku umum, travelog, puisi, bisnes dan politik," katanya kepada Sinar Harian.

Zulhilmi berkata, meskipun kesemua harga buku ditawarkan RM10 senaskhah, pihaknya menegaskan buku-buku ditawarkan setiap penerbit adalah keluaran terbaharu dan berkualiti.

Beliau turut menepis persepsi penganjuran pesta buku dengan harga murah adalah disebabkan syarikat pembekal atau penerbit buku ingin melupuskan buku-buku keluaran lama dan tidak berkualiti.

"Selain itu, bagi golongan peminat sukan E-Sport, kita turut menyediakan ruangan permainan E-Sport meliputi permainan PUBG dan FIFA 20.

Artikel Berkaitan:

"Melalui inisiatif terbaharu ini, kita berharap lebih ramai golongan belia tertarik untuk hadir bukan sahaja untuk menyertai permainan E-Sport, sebaliknya memanfaatkan penjualan buku murah demi meningkatkan ilmu pengetahuan masing-masing," katanya.