Perkembangan teknologi mampu lonjakan industri rel tempatan

Kamaruddin (tengah) bersama Ravindran (dua dari kiri) dan Abdul Rahman (dua dari kanan) ketika merasmikan Majlis Penutup dan Graduan Skim Latihan Kebolehpasaran (GETS) Hartasuma di Pulau Indah kelmarin.
Kamaruddin (tengah) bersama Ravindran (dua dari kiri) dan Abdul Rahman (dua dari kanan) ketika merasmikan Majlis Penutup dan Graduan Skim Latihan Kebolehpasaran (GETS) Hartasuma di Pulau Indah kelmarin.
A
A
A

KLANG - Keupayaan dan kesediaan pemain industri pengangkutan tempatan menerajui industri rel seiring dengan perkembangan teknologi semasa mampu meningkatkan sektor pengangkutan yang lebih maju di masa hadapan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, kepakaran industri tersebut mampu membantu melonjakkan inovasi yang lebih tinggi dalam sistem pengangkutan sekali gus menghasilkan sistem rel bertaraf dunia.

"Di Malaysia terdapat banyak bakat-bakat yang berkemahiran hebat dalam bidang ini untuk menghasilkan sistem rel yang lebih maju.

"Ia turut dapat meningkatkan produktiviti untuk berdaya saing dalam meningkatkan prestasi rel setaraf negara luar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup dan Graduan Skim Latihan Kebolehpasaran (GETS) Hartasuma di Pulau Indah di sini kelmarin.

Hadir sama Pengarah Eksekutif Hartasuma, Tan Sri Ravindran Menon dan Pengarah Urusan Hartasuma, Datuk Dr Abdul Rahman Abdul Halim.

Kamaruddin berkata, selaras dengan Dasar Pengangkutan Negara (DPN) 2019-2013 yang dilancarkan bertujuan untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan rel untuk barangan dan penumpang.

"Industri rel mampu membantu dalam penghantaran barangan yang berbahaya dan berisiko dengan menggunakan perkhidmatan kereta api dengan lebih selamat.

Artikel Berkaitan:

"Industri ini turut dapat meningkatkan penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan masyarakat melalui penyediaan perkhidmatan KTM Komuter antara bandar," katanya.

Menurutnya, peningkatan industri rel tempatan mampu memberikan peluang pekerjaan yang lebih meluas kepada rakyat pada masa hadapan.

"Industri ini semakin berkembang sekali gus peluang pekerjaan akan turut meningkat untuk menyediakan pengangkutan yang lebih berkualiti, boleh dipercayai dan selamat, " katanya.