Waktu solat Subuh di Selangor berubah mulai esok

Waktu solat Subuh di Selangor berubah dengan tambahan masa lapan minit. - Foto Bernama
Waktu solat Subuh di Selangor berubah dengan tambahan masa lapan minit. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Waktu solat Subuh bagi seluruh kawasan negeri Selangor berubah dengan tambahan masa selama lapan minit dari waktu semasa.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu kenyataan berkata, perubahan itu dibuat hasil kajian kecerahan langit waktu Subuh yang dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama penyelidik Universiti Malaya (UM).

Katanya, perubahan itu hendaklah dibuat mulai waktu solat Subuh esok.

"Perkara ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan diperkenankan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada hari ini untuk dikuatkuasakan bagi negeri Selangor," kata kenyataan itu.

Waktu solat terkini bagi tahun 2020 /1441H-1442H bagi negeri Selangor boleh dimuat turun melalui laman sesawang Jabatan Mufti Negeri Selangor di http://www.muftiselangor.gov.my

Artikel Berkaitan: