Tahanan lari dari lokap

Suspek berusia 35 tahun yang meloloskan diri dari Lokap Berpusat Indera Mahkota pagi tadi.
Suspek berusia 35 tahun yang meloloskan diri dari Lokap Berpusat Indera Mahkota pagi tadi.
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki yang ditahan atas kesalahan memiliki dadah bertindak melarikan diri dari Lokap Berpusat Indera Mahkota di sini pagi tadi.

Suspek yang berusia 35 tahun itu berjaya meloloskan diri dipercayai ketika menukar pakaian sebelum kehilangannya disedari kira-kira jam 7 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusuf Ali berkata, pihaknya menerima maklumat jam 8.23 pagi daripada anggota bertugas di lokap berkenaan.

Menurutnya, suspek disyaki melarikan diri semasa menukar pakaian namun siasatan rapi sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

"Operasi mengesan suspek masih diteruskan termasuk melalui ops tutup (sekatan jalan) di lokasi-lokasi strategik sekitar daerah ini dan pemeriksaan di terminal pengangkutan awam," katanya.

Artikel Berkaitan: