18 maut bas jatuh gaung di Nepal

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KATHMANDU - Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh selepas bas yang dinaiki terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Nepal semalam.

Bas tersebut yang sedang dalam perjalanan dari daerah Arghakhanchi ke bandar Butwal mengalami kemalangan dan terjunam kira-kira 350 meter ke tanah.

"17 mayat penumpang termasuk dua bayi dan pemandu bas telah ditemui. 12 lagi dibawa ke hospital. Jumlah sebenar penumpang di dalam bas masih belum dapat dipastikan," kata ketua pegawai daerah Bijayraj Poudel.

Menurut pihak berkuasa, punca kemalangan masih disiasat.

Kemalangan jalan raya adalah biasa di negara Himalaya itu kerana struktur jalan raya, kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik selain pemanduan melulu.

Awal bulan ini, sekurang-kurangnya 17 penumpang termasuk tujuh kanak-kanak maut selepas bas yang dinaiki terjunam ke dalam sungai. - AFP

Artikel Berkaitan: