Messi pecah rekod lagi

Lionel Messi
Lionel Messi
A
A
A

BINTANG Barcelona, Lionel Messi merekodkan detik indah dalam penampilannya ke-700 bersama kelab Catalan itu dengan menjaringkan satu gol dan dua bantuan gol ketika kemenangan 3-1 ke atas Borussia Dortmund dalam aksi Liga Juara-Juara di Camp Nou awal pagi tadi.

Malah, Messi juga berjaya memecahkan rekod Liga Juara-Juara apabila berjaya menjaringkan gol menentang 34 pasukan berbeza dalam saingan kejuaraan itu.

Persembahan cemerlang Messi itu mendapat pujian menggunung pengendali Barcelona, Ernesto Valverde yang menyifatkan pemain Argentina itu masih kekal sebagai pemain terbaik dunia ketika ini.

"Apa lagi yang saya boleh katakan mengenai Messi?Ia sangat hebat dan mengagumkan. Pada usianya ketika ini dia masih boleh menampilkan persembahan yang sangat bagus.

"Dia masih dan akan terus menjadi tunjang buat pasukan. Mungkin pada permulaan musim, dia sedikit tenggelam kerana masalah kecederaan. Tetapi sekarang dia sudah kembali," katanya.

Dalam perlawanan itu, Luis Suarez membuka tirai jaringan pada minit ke-29 sebelum Messi mengandakan kedudukan empat minit kemudian.

Antoine Griezmann melengkapkan kemenangan Barcelona pada minit ke-67, manakala gol saguhati Dortmund dijaringkan oleh Jadon Sancho pada minit ke-77.

Dalam pada itu, Valverde mengakui risau selepas pemain utamanya Ousmane Dembele sekali lagi ditimpa kecederaanyang menyaksikan pemain kelahiran Perancis itu terpaksa dikeluarkan pada minit ke-26.

Artikel Berkaitan:

"Ia kecederaan yang berterusan selepas berpindah dari Dortmund pada 2017. Saya tidak pasti mengenai tahap kecederaannya itu tetapi ia agak merisaukan," katanya.