Ahli PKR perlu diberi ruang bela diri, kata Amirudin

Amirudin (kanan) melakukan simbolik pada Majlis Perasmian Projek HORAS 600 di Kampung Sungai Darah di sini hari ini.
Amirudin (kanan) melakukan simbolik pada Majlis Perasmian Projek HORAS 600 di Kampung Sungai Darah di sini hari ini.
A
A
A

BESTARI JAYA - Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mempertahankan nilai keadilan dan tidak menghukum individu selagi tidak didapati bersalah susulan pemecatan dua ahlinya pada 24 November lalu.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, setiap ahli perlu diberi ruang membela diri daripada dikenakan tindakan disiplin.

"Mereka (ahli PKR) ada proses tertentu yang harus dilalui iaitu rayuan dan sebagainya.

"Saya tak boleh komen kerana tiada dalam mesyuarat dan keadaan itu timbul apabila ada laporan balik dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Projek Hybrid Off River Augmentation Storage (HORAS) 600 di Kampung Sungai Darah di sini hari ini.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan dua ahli PKR termasuk Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Zakaria Abdul Hamid dipecat kerana didakwa terbabit dalam isu rasuah ketika pemilihan parti itu tahun lalu.

Pemecatan Zakaria yang juga Ketua PKR Cabang Bera dan Ismail Dulhadi berkuat kuasa Ahad lalu selepas Lembaga Disiplin PKR menerima bukti kukuh daripada SPRM.

Pemecatan kedua-dua ahli itu dimaklumkan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Ahmad Kassim pada sidang akhbar selepas mesyuarat MPP di Petaling Jaya.

Bagaimanapun, SPRM mengakui terdapat kekhilafan dilakukan oleh pihaknya yang mencadangkan tindakan tatatertib ke atas dua ahli PKR itu atas dakwaan melanggar kod etika parti berkenan sehingga menyaksikan mereka dipecat.

Artikel Berkaitan: