X

Kindly register in order to view this article
!

'Ada usaha hidupkan kembali komunisme'

Ismail (tiga dari kiri) bersama ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Kangar hari ini.
A
A

KANGAR - Perbuatan menghina Jalur Gemilang dipercayai bertujuan menghidupkan kembali fahaman komunisme di negara ini dengan cara menghuru-harakan pemikiran rakyat.

Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia, Ismail Abidin berkata, tindakan itu bukan sahaja mencabul kedaulatan undang-undang malah mencabar sensitiviti rakyat yang hidup aman sejak enam dekad negara Malaysia terbentuk.

Ismail turut mengutuk tindakan pihak tertentu yang membawa masuk abu mendiang bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaysia, Chin Peng ke negara untuk disempurnakan.

"Tindakan yang disifatkan sebagai melanggar benteng pertahanan negara dan pencerobohan yang serius itu wajar disifatkan sebagai pengkhianatan terhadap maruah dan keselamatan negara

"Perbuatan berkenaan juga umpama mengeji mereka yang telah berjuang menentang komunis suatu ketika dahulu," katanya selepas membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar di sini menggesa polis menyelesaikan isu berkenaan.

Beliau berkata, seluruh 400,000 ahli persatuan itu tidak akan sesekali memaafkan tindakan pelaku yang mencemar Rukun Negara Kedua iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Katanya, pihaknya turut mendesak taraf kerakyatan kesemua pelaku berkenaan digugurkan serta-merta kerana jika ia dibiarkan dikhuatiri kedaulatan negara akan terus dicabuli.

Pada Isnin lalu, tular sebuah video klip berdurasi 1 minit 42 saat yang memaparkan bendera Malaysia dengan bintang bucu lima dalam satu acara pembukaan perlawanan bola keranjang anjuran Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA).

Klip video yang memaparkan Jalur Gemilang dengan lima bintang bersama logo Westport itu ditayangkan semasa nyanyian lagu Negaraku.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan berkenaan hari ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf