Jalan gelap, pengguna bimbang keselamatan diri

Lampu di Jalan Pandamaran Jaya 102/KS 05, berhampiran Taman Ehsan Jaya tidak berfungsi sejak dua bulan lalu.
Lampu di Jalan Pandamaran Jaya 102/KS 05, berhampiran Taman Ehsan Jaya tidak berfungsi sejak dua bulan lalu.
A
A
A

PANDAMARAN – Lampu di Jalan Pandamaran Jaya 102/KS 05, berhampiran Taman Ehsan Jaya, di sini, tidak berfungsi sejak dua bulan lalu mengundang rasa bimbang dalam kalangan pengguna.

Keadaan jalan sejauh kira-kira 300 meter itu gelap dan mendatangkan bahaya terutamanya penunggang motosikal.

Menurut pekerja swasta, Mohd Hilmi Omar, 36, berkata, dia selalu berulang alik menggunakan jalan tersebut sebagai laluan pintas ke Bukit Tinggi.

“Memang jalan ini gelap sebab dah lama lampu jalan tak berfungsi. Bahaya kepada mereka yang menaiki motosikal, lebih-lebih lagi kenderaan berat turut menggunakan laluan ini sebagai laluan pintas.

“Harap pihak berkaitan segera baiki lampu jalan di sini supaya tak timbul insiden buruk kepada pengguna serta penduduk sekitar,” katanya.

Sementara itu, ekerja kilang yang ingin dikenali sebagai Dewi, keadaan jalan yang gelap seumpama itu boleh menjadi tempat ‘kegemaran’ penjenayah untuk melakukan pelbagai kegiatan yang memberikan risiko keselamatan kepada orang ramai.

“Kes samun serta ragut boleh berlaku pada bila-bila masa sekiranya tiada tindakan diambil pihak berkenaan.

“Kita tak mahu ada kejadian tak diingini berlaku baru mahu bertindak,” katanya.

Artikel Berkaitan: