Bendera lima bucu: Polis rakam percakapan empat individu termasuk MABA

Bendera Malaysia dengan lima bintang dipaparkan menerusi skrin digital ketika perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 kelmarin.
Bendera Malaysia dengan lima bintang dipaparkan menerusi skrin digital ketika perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 kelmarin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam percakapan empat individu termasuk Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) bagi membantu siasatan kes memaparkan Jalur Gemilang dengan bintang lima bucu ketika perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, setakat ini pihaknya juga telah menerima sembilan laporan polis berkenaan isu terbabit.

"Kita juga telah kenal pasti syarikat tempatan yang dipercayai diberi tender untuk melaksanakan ‘digital message’ di skrin pada acara tersebut.

"Kita menjangkakan akan memanggil syarikat tersebut untuk dirakam percakapan esok. Kita mahu tanya kenapa benda ini tersiar sedemikian,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini tadi.

Beliau percaya, kes berkenaan akan dapat diselesaikan polis dalam masa terdekat seterusnya dirujuk kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Huzir turut menegaskan, pihaknya juga akan menyiasat gambar yang memaparkan bendera yang sama pada kejohanan lain.

Terdahulu, MABA telah memohon maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya berhubung kesilapan memaparkan bendera Malaysia dengan bintang lima bucu ketika perasmian tersebut.

Artikel Berkaitan:

Bendera Malaysia dengan bintang lima bucu itu dipaparkan menerusi klip video bersama logo Westport ketika nyanyian lagu Negaraku.

Video berdurasi 1 minit 42 saat itu tular di media sosial.