X

Kindly register in order to view this article
!

Hadkan eksport ikan pada musim tengkujuh

Salahuddin melihat replika ikan kerapu ketika meninjau persiapan akhir HPPNK 2019 di Plaza Angsana Johor Bahru.
A
A

JOHOR BAHRU - Jumlah eksport terhadap beberapa jenis ikan terutama yang sering mendapat permintaan tinggi akan dihadkan ketika musim tengkujuh.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ia sebagai langkah persediaan awal bagi memastikan bekalan sumber itu sentiasa mencukupi.

"Untuk menghadapi musim tengkujuh ini, kita sudah buat persiapan. Kita difahamkan, Jabatan Perikanan juga sudah menghalang beberapa jenis ikan daripada dieksport seperti kembung dan selar.

"Kita akan tengok pada indeks (kawalan), kita tidak akan benarkan untuk eksport (ikan) sementara waktu, tetapi kalau tidak cukup, kita kena import. Kita jangkakan musim tengkujuh ini akan berlaku sehingga bulan

Februari nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa meninjau persiapan akhir Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019 di Plaza Angsana Johor Bahru di sini hari ini.

Salahuddin berkata, pihaknya juga sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi memastikan isu bekalan sedia ada tidak mudah dimanipulasi harga pasarannya.

“Sekarang ini MOA hanya kawal bekalan dan pastikan ia cukup. Harga adalah di bawah KPDNHEP, jadi kita bekerjasama untuk atasi masalah-masalah bagi isu ini.

"Kita sudah berjaya untuk perayaan sebelum ini. Nampaknya setakat ini, walaupun belum 100 peratus, tetapi pada tahap cemerlang dan yang asasnya, kita berjaya kawal (bekalan) dan munasabah (harga)," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus