Bintang bucu lima bukan bendera, tapi logo: CK Karan

Logo CK Classic International Open Taekwondo Championship
Logo CK Classic International Open Taekwondo Championship
A
A
A

SHAH ALAM - Paparan bintang bucu lima terhadap Jalur Gemilang pada logo CK Classic International Open Taekwondo Championship bukan merupakan satu kesilapan kerana ia merupakan logo rasmi acara tersebut.

Pengerusi Penganjur, CK Karan menjelaskan paparan bucu bintang pada logo itu bukanlah satu bendera sekali gus tidak mewakili Jalur Gemilang.

"Ia hanyalah logo yang dicipta sebagai simbol mewakili Malaysia dan Selangor yang menjadi tuan rumah untuk kejohanan tersebut.

"Ini bukanlah satu kesilapan dan kami telah menggunakan logo ini sudah sekian lama dan pertandingan ini akan masuk edisi ke-14 pada 2020," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut CK Karan, pihaknya akan mengubah logonya bagi melambangkan Jalur Gemilang untuk acara akan datang.

"Susulan kontroversi ini, kami akan mengubah bintang untuk keputusan semua. Kami adalah anak Malaysia dan ingin kekal bersatu dengan negara tercinta dalam melakukan perkara yang betul," katanya.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hantaran Facebook hari ini membangkit perkara itu dan meminta semua pihak tidak mempolitikkan isu Jalur Gemilang dengan lima bucu bintang kerana kejadian itu pernah dikaitkan dengan seorang menteri daripada Barisan Nasional (BN) yang pernah dijemput merasmikan program sama pada 2017.

Jelas Najib lagi, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo juga sama telah dijemput merasmikan program sama masing-masing pada 2018 dan 2019.

Artikel Berkaitan: