540 penduduk Pulau Pinang bantah pembinaan LRT

Kon Yeow
Kon Yeow
A
A
A

GEORGETOWN - Hanya 540 bantahan daripada 23,218 maklum balas diterima sepanjang proses pendengaran awam yang dilakukan berhubung projek pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, selebihnya 22,678 responden atau 97.67 peratus yang menyokong dan bersetuju dengan perlaksanaan pembinaan LRT melalui pendengaran awam yang dijalankan selama tiga bulan bermula pertengahan Ogos dan berakhir pada 19 November lalu.

Menurutnya, proses pendengaran awam yang dilakukan itu antara syarat yang ditetapkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi membolehkan orang ramai memberi pandangan terhadap projek yang dicadangkan oleh kerajaan negeri.

"Angka yang diterima ini menjadi pengukur sokongan orang ramai terhadap cadangan projek yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan segala isu yang dibangkitkan melalui borang yang diterima akan dijawab melalui penerangan atau penjelasan oleh kerajaan negeri melalui SRS Consotrium," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Projek LRT merupakan satu komponen dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) itu dijangka siap dalam tempoh lima hingga tujuh tahun akan datang.

Artikel Berkaitan: