Suasana Masjid Sultan huru-hara ketika 'diserang'

Masjid Sultan adalah rumah ibadah pertama yang menjalani latihan pengganasan oleh SPF. - Foto Berita Harian Singapura
Masjid Sultan adalah rumah ibadah pertama yang menjalani latihan pengganasan oleh SPF. - Foto Berita Harian Singapura
A
A
A

SUASANA di Masjid Sultan menjadi huru-hara apabila seorang lelaki datang 'menyerang' jemaah, namun polis dengan pantas mematahkan 'serangan' itu dengan merempuh masuk untuk menyelamatkan 'mangsa'.

Senario bak filem aksi itu adalah simulasi serangan pengganas dalam satu latihan melawan pengganas yang diadakan di masjid itu, semalam.

Memetik laporan Berita Harian Singapura, ini kali pertama latihan sedemikian diadakan di sebuah tempat beribadah di Singapura.

Diberi nama ‘Heartbeat’, latihan itu dianjurkan bersama Pasukan Polis Singapura (SPF), Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), dan pengurusan Masjid Sultan.

"Latihan ‘Heartbeat’ itu diadakan di Masjid Sultan bagi mengesahkan pelan kontingensinya dan mempertingkat pelan respons kontigensinya untuk menghalang, mengesan, menangguh, menolak dan menangani senario serangan keganasan dengan lebih baik”, kata SPF, SCDF dan Masjid Sultan dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, usaha oleh pihak berkepentingan itu menunjukkan kepentingan bagi pemilik bangunan menyemak langkah keselamatan mereka dan mempertingkat persediaan kecemasan terhadap serangan keganasan.

“Pemilik bangunan digalak membangunkan pelan kontingensi untuk menangani serangan keganasan dan melatih kakitangan dan penyewa mereka supaya mengenali pelan itu,” kata SPF, SCDF dan Masjid Sultan.

Artikel Berkaitan: