'Saya bukan orang Indonesia'- Agnes Monica

Agnez membuat kenyataan kontroversi itu ketika ditemubual dalam program Build Series.
Agnez membuat kenyataan kontroversi itu ketika ditemubual dalam program Build Series.
A
A
A

LOS ANGELES - Agnes Monica yang kini menempa nama di Amerika Syarikat dikecam banyak pihak gara-gara kenyataan kontroversinya.

Menerusi temu bual bersama Kevan Kenney dalam program Build Series, artis berusia 33 tahun yang kini dikenali sebagai Agnez Mo mengaku dia 'agak berbeza' dengan orang lain di Indonesia ketika disoal tentang kepelbagaian budaya di negara itu.

"Saya tiada darah dan hanya dilahirkan di Indonesia. Saya sebenarnya kacukan Jerman, Jepun dan China. Saya juga orang Kristian yang mana majoriti penduduk di Indonesia adalah orang Islam.

"Jadi, saya rasa saya bukan orang Indonesia dan mereka hanya menerima kehadiran saya di sana," katanya dalam program itu yang pada mulanya untuk memperkatakan tentang single berjudul Diamonds yang menampilkan rapper, French Montana.

Kenney membalas kenyataan Agnez yang dianggap sebagai sebagai 'perspektif unik'.

"Ya, sudah tentu. Ia mengajar saya bagaimana untuk menerima kelemahan, perbezaan dan keanehan saya," ujarnya.

Difahamkan, temu bual itu pertama kali dimuat naik di Youtube pada Jumaat lalu sebelum ia menjadi tular di Twitter pada akhir minggu lalu.

Kebanyakan pengguna media sosial di Indonesia mendakwa Agnez seakan lupa diri dengan asal usulnya walaupun sebelum ini penyanyi tersebut sering mendakwa dia cuba mewakili budaya negara itu dalam setiap karyanya. - Agensi

Artikel Berkaitan: