Nak lari ke mana tu?

Walaupun cuba melarikan diri ketika diserbu namun tindakan pantas penguatkuasa berkata menahan kesemua mereka.Foto JIM
Walaupun cuba melarikan diri ketika diserbu namun tindakan pantas penguatkuasa berkata menahan kesemua mereka.Foto JIM
A
A
A

SUNGAI PETANI - Jabatan Imigresen semalam menahan sembilan wanita yang dipercayai terlibat dalam perkhidmatan urut dan seks dalam serbuan di beberapa pusat urut sekitar Kuala Muda.

Ketika serbuan kira-kira jam 9 malam itu, ada di antara mereka cuba melarikan diri melalui tingkap tetapi dihalang penguat kuasa imigresen yang sudah mengepung kawasan berkenaan.

Pengarah Imigresen Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, kesemua mereka berusia di antara 29 sehingga 34 tahun.

Menurutnya, wanita berkenaan disyaki menerima bayaran sebanyak RM60 bagi urutan badan dalam tempoh setengah jam dan tambahan dikenakan bayaran sebanyak RM50 untuk urutan batin manakala RM170 pakej penuh termasuk khidmat seks.

"Kita turut merampas kondom, minyak pelincir, pelbagai minyak urut dan kamera litar tertutup," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan dilakukan ke atas 19 wanita membabitkan warga Thailand dan tempatan manakala dua saman sanksi telah dikeluarkan kepada lelaki rakyat Malaysia yang berusia 49 dan 51 tahun dan satu lagi kepada lelaki warganegara Bangladesh berumur 30 tahun.

Antara tukang urut yang diperiksa di premis urut sekitar daerah malam tadi. Foto JIM
Antara tukang urut yang diperiksa di premis urut sekitar daerah malam tadi. Foto JIM

Artikel Berkaitan:

"Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1959/63 iaitu melanggar syarat Pas lawatan dengan bekerja secara tidak sah," katanya.

Katanya, kesemua mereka ditahan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserahkan ke Depot Imgresen Belantik, Sik.

Operasi diketuai Ketua Operasi Bahagian Penguatkuasa JIM Kedah, Mohamad Rizal Ramli adalah berdasarkan maklumat yang disalurkan orang ramai selain hasil risikan anggota penguatkuasa tentang penyalahgunaan pas lawatan sosial di premis tersebut.