Hak kita bangunkan negeri ini

Osman (tengah) ketika bercakap kepada pemberita, semalam.
Osman (tengah) ketika bercakap kepada pemberita, semalam.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Johor tidak perlu mendapatkan restu daripada Singapura untuk melaksanakan sebarang pembangunan di negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Osman Sapian.

Katanya, kerajaan negeri berpendirian tegas terhadap perkara itu.

“Kita punya hak untuk bangunkan negeri ini. Singapura tak boleh hentikan.

“Contohnya macam jambatan bengkok. Kita dirikan sebelah kita sahaja dan mereka tak boleh nak halang,” katanya selepas merasmikan Medan Selera Iskandar Malaysia di Taman Nusa Perintis, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas soal ketinggian struktur bangunan yang diperbahaskan berkaitan rancangan Singapura melaksanakan sistem pendaratan alatan (ILS) di Lapangan Terbang Seletar.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, dilaporkan berkata, laluan penerbangan untuk sistem itu akan memberi impak besar kepada pembangunan di Pasir Gudang susulan sekatan ketinggian struktur di kawasan berkenaan.

Tambahnya, Pelabuhan Johor di Pasir Gudang juga akan berada dalam keadaan berisiko tinggi selain menghadapi pelbagai sekatan susulan pelaksanaan sistem pendaratan itu.

Bagaimanapun, Osman berkata, sebagai jiran, Johor menghormati hubungan yang terjalin dan akan mendapatkan pandangan dalam hal-hal tertentu.

Artikel Berkaitan:

“Kita dapat pandangan untuk mendapatkan kelulusan bersama.

“Kita tak boleh suka-suka buat keputusan sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan akan membincangkan isu berkenaan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri (JMC) Malaysia-Singapura yang diajdualkan berlangsung pada 14 Januari nanti.Katanya, beliau bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali akan ke Singapura

bagi menghadiri mesyuarat tersebut.

“Walaupun tak termasuk dalam agenda, tetapi mungkin akan dibincangkan juga,” katanya.