X

Kindly register in order to view this article
!

Kecoh isu 'ADUN Pilah sakit' dijadikan bahan

ADUN Johol (berdiri) semasa berucap dalam perbahasan Bajet Negeri Sembilan 2020 pada Sidang DUN yang ke-14 hari ini.
A
A

SEREMBAN - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan petang ini kecoh seketika apabila isu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, Mohamad Nazaruddin Sabtu sakit dijadikan 'bahan' oleh barisan pembangkang.

Saiful Yazan Sulaiman (BN-Johol) yang sebelum itu sedang berucap pada sesi perbahasan bagi belanjawan Negeri Sembilan 2020, mengatakan kesian kepada rakyat DUN Pilah yang mempunyai wakil rakyat yang sakit.

"Saya agak kecewa ada beberapa majlis balai kerapatan adat istiadat tidak dihadiri oleh Exco (Exco Warisan, Adat Istiadat dan Kesenian, Mohamad Nazaruddin) malang bagi rakyat DUN Pilah, dapat Exco dan wakil rakyat tidak sihat.

"Kita jangan membebankan orang yang tidak berapa sihat, kalau nak tukar tu boleh juga," katanya.

Kenyataan tersebut kemudiannya disangkal Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun (PKR-Sikamat) yang menyifatkan kenyataan itu sebagai melampau.

"Hal sakit dan sihat itu urusan tuhan, ini jangan dijadikan isu politik,sepatutnya kita harus hormatinya.

"Kita perlu hormati orang yang sakit, kalau dia sakit kita perlu doakan untuk mereka," katanya.

Dewan kemudiannya menjadi kecoh apabila Datuk Seri Mohammad Hasan (BN-Rantau) bangun sambil mencelah bahawa Barisan Nasional (BN) akan meminta ADUN Johol meletakkan jawatan jika beliau tidak sihat.

"Saya kalau ADUN Johol sakit, saya akan minta beliau letak jawatan," katanya.

Dewan kembali bersidang selepas Speaker Dewan DUN meminta ADUN Johol meneruskan perbahasan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!