Tikam polis guna pemutar skru

Lokasi kejadian insiden tikam anggota polis guna pemutar skru malam tadi.
Lokasi kejadian insiden tikam anggota polis guna pemutar skru malam tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Dang Wangi cedera selepas dipercayai ditikam menggunakan pemutar skru oleh seorang lelaki di hadapan sebuah kondominium di Jalan Tun Razak, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu, anggota terbabit yang sedang membuat rondaan Ops Cegah Khas di Jalan Binjai, di sini, sebelum terserempak dengan sebuah kereta Proton Satria dalam keadaan mencurigakan yang dinaiki dua lelaki Indonesia.

Difahamkan, suspek dipercayai terlibat dengan kes pecah rumah berikutan penemuan beberapa alat yang disyaki digunakan untuk jenayah tersebut di kereta tersebut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, semasa pemeriksaan dibuat, salah seorang suspek bertindak menyerang anggota berpangkat Lans Koperal itu dengan menggunakan sebatang pemutar skru di bahagian siku kanan.

"Suspek kemudian terus melarikan diri ke Jalan Tun Razak sebelum dilanggar sebuah kereta.

"Manakala seorang lagi saspek berjaya ditahan oleh anggota dilokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, suspek yang dilanggar mengalami kecederaan patah di bahagian lutut.

Menurut Shaharuddin, anggota yang cedera ditikam itu kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan akan dilakukan atas kesalahan mencederakan anggota polis, sementara rakan suspek turut ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.