X

Kindly register in order to view this article
!

Ismalia timba ilmu keusahawanan menerusi PACBE

ISMALIA pernah memenangi tiga sesi program pastri eksklusif bersama Academy of Pastry & Culinary Arts Malaysia.
A
A

MESKIPUN kedai kek dan roti diusahakan sebelum ini gagal disebabkan kemelut rumah tangga yang dihadapi, namun ia bukan titik noktah buat seorang ibu tunggal lapan anak.

Ismalia Ismaon, 38, mendapat sinar baharu setelah menyertai program Pusat Cakna Bangun Ekonomi (PACBE) di bawah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) yang memberikannya suntikan untuk bangkit semula.

Biarpun hanya menjalankan perniagaan cream puff, coklat moist dan biskut menggunakan jenama Miszlea Oven di rumah ibunya di Jelatek, Kuala Lumpur, wanita cekal itu mampu menjana pendapatan kasar mencecah RM4,000 sebulan.

"Sebelum ini saya tidak pernah tahu mengenai program PACBE dan hanya mengetahuinya melalui grup WhatsApp sekitar pertengahan tahun ini.

"Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, saya terus mendaftar kerana berasakan ini peluang terbaik untuk saya bangkit semula demi anak-anak. Saya sertai 'Bisnes Make Over' bawah JPW dan daripada beberapa saringan saya terpilih sehingga memasuki peringkat akhir dalam satu pertandingan.

"Dalam pertandingan buat kek dan pastri Julai lalu, saya mendapat tempat kedua dengan membawa pulang hadiah bernilai RM1,800, " katanya kepada Femina.

CREAM puff Ismalia yang mendapat tempahan ramai.
CREAM puff Ismalia yang mendapat tempahan ramai.

Ismalia menggunakan peluang yang diberikan PACBE untuk menimba ilmu keusahawanan merangkumi pelbagai aspek, termasuk berkenaan logo.

"Saya turut diberikan pendedahan berkaitan kepentingan jenama untuk pemasaran selain berpeluang menyertai pelbagai kursus dan program bersama usahawan berjaya,” katanya.

Menyentuh mengenai perancangan masa depan katanya, dalam tempoh setahun akan datang dia merancang untuk memiliki premis perniagaan.

"Cari juga mencari peluang menyertai pelbagai kursus berkaitan untuk terus menimba ilmu bagi memajukan diri," jelasnya.

KEK coklat moist.
KEK coklat moist.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus