X

Kindly register in order to view this article
!

Songlap duit syarikat guna resit palsu kepada pelanggan

A
A

KUANTAN - Seorang pekerja di sebuah syarikat pembekal di sini disyaki melakukan pecah amanah membabitkan wang pelanggan berjumlah RM7,400.

Pekerja terbabit disyaki menerima bayaran daripada pelanggan namun tidak menyerahkan kepada syarikat sebaliknya mengeluarkan resit palsu dan menggunakan wang tersebut untuk kepentingan peribadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, penipuan dilakukan suspek terbongkar selepas penyelia berusia 47 tahun itu menerima panggilan daripada salah seorang pelanggan pada 21 November lalu.

Menurutnya, pelanggan itu memaklumkan bahawa pihaknya belum mpecah enerima barang yang dipesan sedangkan bayaran penuh RM2,212 sudah dibuat.

"Penyelia itu kemudiannya membuat semakan melalui bahagian akaun syarikat dan mendapati hanya menerima bayaran RM212 daripada pelanggan berkenaan.

"Bagaimanapun, pelanggan tersebut mengemukakan resit sebagai bukti bayaran penuh sudah dibuat untuk barang yang dipesan dan bayaran dibuat melalui suspek," katanya.

Mohd Wazir berkata, hasil pemeriksaan lanjut, penyelia itu mendapati suspek melakukan pecah amanah ke atas wang kutipan dari 13 kedai (pelanggan) membabitkan jumlah keseluruhan RM7,400 sebelum membuat laporan polis kelmarin.

"Suspek mengaku melakukan perkara tersebut dengan mengeluarkan resit palsu kepada pelanggan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 466 dan Seksyen 467 Kanun Keseksaan kerana memalsukan dan menggunakan dokumen palsu," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus