X

Kindly register in order to view this article
!

Nelayan Pulau Pinang, Perak akan terseksa

Seorang nelayan wanita, Rosinah Taib merenung nasib yang bakal dilaluinya sekiranya projek mega tambakan laut untuk membina tiga buah pulau buatan diteruskan kerajaan Pulau Pinang.
A
A

GEORGETOWN - Lebih 10,000 nelayan di Pulau Pinang dan Perak akan terseksa sekiranya projek mega pulau buatan yang dicetuskan kerajaan negeri Pulau Mutiara diteruskan.

Pengerusi Pertubuhan Pencinta Alam Sekitar Pantai Tanjung Bungah, Saiful Lizan Md Yusoff berkata, nelayan di Pulau Pinang dan di Perak akan terseksa kerana pasir untuk kerja tambakan akan diambil di perairan negeri itu.

Menurutnya, batu-batan pula akan diambil dari daerah Kulim, Kedah kerana projek terbabit menggunakan batu-batan dan pasir dalam jumlah yang sangat besar.

"Bayangkan kesan pengambilan pasir di perairan Perak ini yang dianggarkan sebanyak 189 juta meter padu? Ia sudah pasti akan memusnahkan ekosistem perairan Perak selama lebih 15 tahun.

"Sebab nak buat pulau ini, kawasan lain juga terjejas dan rezeki nelayan di kawasan itu pula diganggu," katanya ketika meninjau lokasi cadangan Projek Tambakan di selatan Pulau Pinang (PSR) di Permatang Damar Laut di sini bersama kru Sinar Siasat baru-baru ini.







Saiful Lizan (kanan) dan Pengerusi Pertubuhan Warisan Tanah dan Teroka Bandar, Zikrullah Ismail memberi penerangan mengenai projek PSR di Jelutong baru-baru ini.
Saiful Lizan (kanan) dan Pengerusi Pertubuhan Warisan Tanah dan Teroka Bandar, Zikrullah Ismail memberi penerangan mengenai projek PSR di Jelutong baru-baru ini.

Katanya, dianggarkan lebih 10,000 nelayan dari Pulau Pinang dan Perak akan terjejas sepanjang pembinaan tiga pulau buatan itu dijalankan dan ia belum mengambil kira kesan jangka panjang yang terpaksa dihadapi selepas projek itu siap kelak.

"Berdasarkan maklumat, tiga pulau akan dibina pemaju iaitu Pulau A, B dan C yang keseluruhannya berkeluasan 4,500 ekar," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!