BMKG catat tiga gempa di wilayah Indonesia

- Gambar hiasan
- Gambar hiasan
A
A
A

AKARTA - INDONESIA . Agensi Meteorologi dan Geofizika (BMKG), mencatat tiga gegaran gempa bumi di republik itu, hari ini.

Daripada jumlah tersebut, BMKG mencatat satu gegaran kuat yang menggoncang Maluku Utara.

Gempa bumi berkekuatan 6.5 magnitud itu berlaku pada jam 12.27 tengah malam (waktu tempatan) di wilayah Halmahera Barat pada kedalaman 10 kilometer.

Gegaran dapat dirasai sehingga Manado, Bitung, Siau, Naha, Tobelo dan Galela.

Gegaran kedua dicatat pada jam 1.18 pagi di wilayah sama berkekuatan 5 magnitud.

Kedua-dua gempa bumi itu tidak berpotensi mencetuskan tsunami.

Manakala gegaran ketiga dicatat di Sulawesi Utara pada jam 1.25 pagi.

Gempa bumi berlaku di Siau itu berkekuatan 5.1 magnitud pada kedalaman 10 kilometer. - Agensi

Artikel Berkaitan: