X

Kindly register in order to view this article
!

Kes sakit mental lelaki kerap gagal dikesan

A
A

KES Kesihatan mental dalam kalangan lelaki adalah tinggi tetapi kerap tidak dikesan kerana lelaki tidak menunjukkan simptom dan tanda kepada masyarakat.

​Ia berbeza berbanding wanita. Pengurusan kesihatan mental lelaki memerlukan pendekatan sensitif-jantina yang membantu lelaki untuk berfikiran lebih terbuka.

Selain daripada itu, cabaran terbesar adalah stigma masyarakat berhubung stereotaip negatif kepada individu dengan masalah mental dan dikaitkan dengan 'gila'.

Stigma itu menjadikan individu berkenaan disisihkan kerana berbeza. Stigma itu juga memberi kesan kepada lelaki untuk mencari bantuan kesihatan mental kerana ketahanan mental yang tinggi berbanding wanita dan imej maskulin.

Lelaki lebih cenderung untuk menyendiri dan tidak berkongsi lalu melepaskan rasa atau kesedihan mereka melalui perkara lain seperti melakukan keganasan, mengambil alkohol, dadah atau membunuh diri.

Sumber: Pelan Kesihatan Lelaki Kebangsaan


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf