Nigeria muat naik nama pesalah seksual secara dalam talian

Sadiya Farouq
Sadiya Farouq
A
A
A

ABUJA - Nigeria melancarkan pendaftaran pesalah seksual pertamanya hari ini dan menyediakan pangkalan data individu yang disabitkan dengan keganasan itu.

Nama semua pesalah seksual keganasan di negara itu sejak 2015 akan dimasukkan ke dalam senarai Daftar Pesalah Seksual.

Rekod tersebut kemudiannya boleh didapati secara dalam talian bagi membantu orang awam, badan negeri dan pemeriksaan latar belakang oleh polis serta mengenal pasti pesalah yang mengulangi kesalahan lamanya.

Nama suspek yang telah bersih juga akan direkodkan dan tersedia kepada agensi penguatkuasa undang-undang.

Menteri Hal Ehwal Kemanusiaan, Sadiya Farouq berkata, pendaftaran berkenaan akan menjadi strategi untuk menghentikan mereka yang terlibat dalam keganasan terhadap wanita.

"Krisis kemanusiaan dan keselamatan di timur Nigeria yang disebabkan oleh pemberontakan ekstremis sejak sedekad lalu telah meningkatkan kes penderaan seksual," katanya.

Orang awam boleh mengakses pendaftaran itu yang dikendalikan Agensi Kebangsaan Nigeria untuk Larangan Pemerdagangan Manusia (NAPTIP) dan dibiayai sebahagian besarnya oleh Kesatuan Eropah (EU). - AFP

Artikel Berkaitan: