X

Kindly register in order to view this article
!

Disangka tasik biru rupanya hamparan plastik

Tasik biru namun ia hamparan biru material plastik.
A
A

CHANGSHA - Seramai 200 pemilik rumah di Changsa, China berang kerana didakwa ditipu pihak pemaju hartanah kononnya kediaman mereka itu mempunyai tasik dalam taman.

Realitinya, ia hanya sebuah lanskap menggunakan hamparan biru daripada material plastik dan binaan jambatan seolah-olah berada di tengah tasik.

Sebuah taman yang sepatutnya berumput hijau hanya disusun batu blok berongga yang sesuai untuk kawasan parkir.

Portal South China Morning Post melaporkan kejadian itu tular setelah pembeli melepaskan kemarahan di laman sosial selain mengadu kepada media dan pihak bertanggungjawab.

Syarikat pemaju itu, Changsha Shiji Yujing Real Estate, pada awalnya menjanjikan sebuah apartmen yang mempunyai pemandangan ‘taman hijau’ semula jadi sehingga ramai pembeli tertarik.

Paparan imej dari sudut tinggi menunjukkan seolah-olah terdapat sebuah landskap taman dengan tasik membiru di ruang antara menara-menara blok namun ternyata ia palsu.

Syarikat pemaju Changsha Shiji Yujing bagaimanapun memberi maklum balas bahawa pihak mereka tidak pernah menjanjikan ‘tasik’ itu di apartmen tersebut,malah mengakui sudah menepati standard pembinaan sebagaimana yang ditetapkan pihak pemerintah.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus