Jamil Rakon dilantik KSU KDN baharu

Jamil menerima watikah pelantikan daripada Muhyiddin semasa Mesyuarat Pasca Kabinet petang tadi.
Jamil menerima watikah pelantikan daripada Muhyiddin semasa Mesyuarat Pasca Kabinet petang tadi.
A
A
A

PUTRAJAYA – Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Jamil Rakon dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) KDN baharu menggantikan Tan Sri Alwi Ibrahim yang bersara wajib semalam.

Pengumuman mengenai pelantikan beliau dibuat Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa Mesyuarat Pasca Kabinet petang tadi.

KDN dalam satu kenyataan hari ini berkata, pengalaman, pengetahuan dan kreadibiliti dimiliki Jamil akan memperkasakan lagi tadbir urus, sekali gus meneruskan kecemerlangan kementerian.

Jamil, 57, berkelulusan Sarjana Pengurusan dari Australia Defence Force Academy, Carberra dan memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam di Kementerian Pertahanan pada Disember 1992.

Beliau pernah bertugas di Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pendidikan.

“Pada masa sama, kementerian ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri (Alwi) atas sumbangan serta khidmat bakti beliau,” katanya.

Artikel Berkaitan: