Israel bedil dua pos Hamas

Helikopter tempur Israel lancar serangan ke atas pos Hamas di Genting Gaza
Helikopter tempur Israel lancar serangan ke atas pos Hamas di Genting Gaza
A
A
A

RAMALLAH - PALESTIN. Helikopter tempur Israel membedil dua pos Hamas di bahagian selatan Genting Gaza yang diduduki, malam tadi.

Jurucakap tentera rejim, serangan dilancarkan sebagai tindak balas terhadap pelancaran peranti letupan menggunakan belon dari Gaza ke kawasan Israel.

Sementara itu, sumber Hamas mengesahkan pos kawalannya di Khan Younis dan timur Gaza City telah dibedil.

Ia menambah, tiada kecederaan atau kematian susulan serangan tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: