Tapak lupus sisa pepejal beralih ke loji sisa jana kewangan: Zuraida

Zuraida (tengah) mendengar penerangan mengenai bangunan baru Balai Bomba dan Penyelamat Merotai termasuk kuarters bernilai RM8.6 juta sebelum menyempurnakan majlis pecah tanah projek berkenaan hari ini. -Foto Bernama
Zuraida (tengah) mendengar penerangan mengenai bangunan baru Balai Bomba dan Penyelamat Merotai termasuk kuarters bernilai RM8.6 juta sebelum menyempurnakan majlis pecah tanah projek berkenaan hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

TAWAU - Tapak pelupusan sisa pepejal di Bukit Gemuk dicadangkan dinaik taraf kepada Loji ‘Waste To Energy’ atau Loji Sisa (Waste Park) untuk Sabah.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, perkara itu dicadangkan kepada Majlis Perbandaran Tawau dan akan turut dibawa ke peringkat perbincangan bersama Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara serta kerajaan Sabah bagi perancangan jangka masa panjang.

“Perkara ini dilihat berdasarkan tanah di tapak pelupusan ini masih lagi lapang dan kita gunakannya untuk tujuan lebih bermanfaat.

“Selain melihat kepada kementerian telah membuat dasar bahawa setiap negeri perlu beralih daripada tapak pelupusan sampah atau tapak pelupusan sanitari kepada WTE yang menjana kewangan daripada sampah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak pelupusan sisa pepejal Bukit Gemuk di sini hari ini.

Ketika ini, tapak pelupusan yang diserahkan kepada MPT itu mampu memproses 280 tan metrik sampah dalam tempoh sehari.

Dalam pada itu menurut Zuraida sekiranya perkara itu disambut baik, maka pembangunannya akan direalisasikan melalui dana swasta.

“Ini kaedah baharu dan tidak akan membebankan negara, malahan ini merupakan pelaburan yang tidak perlu kewangan dikeluarkan daripada kerajaan tetapi mendapat manfaat hasil usaha sama dengan pelabur swasta,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Penggunaan sistem WTE lebih bersih, produktif dan menjimatkan berbanding sistem sedia ada yang menelan belanja sangat tinggi. - Bernama