Pemberian air percuma diteruskan tahun depan

 Jimmy Puah Wee Tse
Jimmy Puah Wee Tse
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Johor meneruskan pemberian air percuma sebanyak 10 meter padu sebulan kepada rakyat golongan berpendapatan rendah (B40) dengan peruntukan sebanyak RM22 juta tahun depan melibatkan seramai 229,000 penerima.

Exco Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata, jumlah berkenaan merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).

"Pemberian air percuma merupakan salah satu janji 100 hari selepas terbentuknya kerajaan Pakatan Harapan (PH). Janji telah pun ditunaikan dan ianya tidak terhenti setakat tahun ini malah diberi perhatian oleh Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal dalam Belanjawan Johor 2020.

"Seramai 167, 402 penerima menikmati pemberian air percuma 10 meter padu bagi seluruh Johor sehingga 31 Oktober 2019," katanya di sini.

Katanya, bilangan penerima merangkumi keseluruhan daerah di Johor setakat Oktober tahun lepas di mana Johor Bahru paling ramai iaitu seramai 24,710 penerima diikuti Pasir Gudang 22,404 penerima.

"Kerajaan negeri berharap agar rakyat faham hasrat pemberian air percuma bagi membantu rakyat, kerajaan juga sedang mendidik rakyat Johor supaya menggunakan air secara berhemah," katanya ketika menjawab soalan Nor Rashidah Ramli (BN- Parit Raja) mengenai maklumat terperinci tentang pemberian air percuma mengikuti daerah sehingga kini.

Artikel Berkaitan: