Pro-demokrasi menang besar pilihan raya Hong Kong

 Kumpulan pembangkang pro-demokrasi Hong Kong memperoleh kemenangan majoriti di sekurang-kurangnya 12 daripada 18 majlis daerah dalam pilihan raya tempatan, semalam.
Kumpulan pembangkang pro-demokrasi Hong Kong memperoleh kemenangan majoriti di sekurang-kurangnya 12 daripada 18 majlis daerah dalam pilihan raya tempatan, semalam.
A
A
A

HONG KONG - Kumpulan pembangkang pro-demokrasi Hong Kong memperoleh kemenangan majoriti di sekurang-kurangnya 12 daripada 18 majlis daerah dalam pilihan raya tempatan yang berlangsung pada Ahad, memetik media tempatan pada Isnin lapor agensi berita Anadolu.

Keputusan awal mendapati pro-Beijing sekadar meraih 42 kerusi berbanding calon pro-demokrasi yang memenangi 278 kerusi, menurut The South China Morning Post.

Seramai 1,104 calon bertanding untuk merebut 452 kerusi majlis perbandaran di 18 daerah pilihan raya.

Pada sidang akhbar pengerusi Suruhanjaya Hal Ehwal Pilihan raya, Barnabus Fung berkata, lebih 2.94 juta pengundi berdaftar mengundi pada pilihan raya kali ini menyaksikan lebih 71 peratus daripada 4.1 juta pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Proses pengundian bermula jam 7.30 pagi waktu tempatan Ahad (2330GMT Sabtu) dan berakhir pada jam 10.30 malam (1430GMT) di tengah-tengah protes berterusan yang bermula sejak Jun.

Pilihan raya tempatan diadakan setiap empat tahun.

Calon yang dipilih bakal menjadi sebahagian anggota jawatankuasa dan mempunyai hak untuk memilih ahli Kabinet dan pemimpin kerajaan daripada calon yang disenaraikan Beijing.

Terdapat sejumlah 479 kerusi di dewan daerah, sementara 27 kerusi ditentukan secara berasingan. - Bernama

Artikel Berkaitan: