Nyaris rentung lori terbakar tiba-tiba

Anggota bomba memadamkan kebakaran melibatkan sebuah lori berhampiran Jambatan Motorola di sini pagi tadi
Anggota bomba memadamkan kebakaran melibatkan sebuah lori berhampiran Jambatan Motorola di sini pagi tadi
A
A
A

PETALING JAYA -Seorang pemandu lori pasir nyaris rentung apabila kenderaan yang dipandunya tiba-tiba terbakar berhampiran Jambatan Motorola di Lebuhraya Damansara Puchong pagi tadi.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Bomba Zulfikar Jaffar berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian pada jam 9.59 pagi.

Menurutnya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya dikejarkan ke lokasi.

"Kebakaran bermula di bahagian kepala lori terbabit. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan namun kebakaran menyebabkan kemusnahan kenderaan hampir 90 peratus," katanya.

Keadaan lori yang terbakar
Keadaan lori yang terbakar

Artikel Berkaitan: