Bekas diplomat beri nasihat kepada duta hilang di Itali

Yong-ho (kanan) pernah berkhidmat sebagai bekas timbalan duta Pyongyang ke Britain sebelum berpaling tadah kepada Seoul pada 2016.
Yong-ho (kanan) pernah berkhidmat sebagai bekas timbalan duta Pyongyang ke Britain sebelum berpaling tadah kepada Seoul pada 2016.
A
A
A

SEOUL - KOREA SELATAN. Seorang bekas diplomat yang membelot kepada Korea Selatan, menggesa rakan lamanya yang didakwa 'hilang' di Itali supaya berpaling tadah kepada Seoul selepas terdapat laporan mendakwa beliau memohon perlindungan di Amerika Syarikat(AS).

Menerusi surat terbuka, bekas timbalan duta Pyongyang ke Britain, Thae Yong-ho yang berpaling tadah ke Korea Selatan pada 2016 menggesa Jo Song-gil, 44, mengikut jejak langkahnya.

"Ia adalah kewajipan dan bukan satu pilihan kepada diplomat Korea Utara yang komited dengan penyatuan. Jika anda ke Seoul, lebih ramai rakan kita akan mengambil langkah sama dan penyatuan akan terlaksana dengan sendirinya," ujar Yong-ho yang pernah menuntut di universiti sama dengan Song-gil.

Khamis lalu, Jo Song-gil, 44, yang merupakan pemangku Duta Korea Utara ke Itali dilaporkan hilang bersama isterinya selepas meninggalkan kedutaan tanpa notis pada awal November lalu.

Akhbar La Repubblica melaporkan Song-gil telah memohon suaka di AS dan berada di bawah perlindungan risikan di Rom. - Agensi

Artikel Berkaitan: