Mahkamah tinggi benar Tommy Thomas kemukakan hujah rayuan

Aidil ketika diemui wartawan di luar mahkamah.
Aidil ketika diemui wartawan di luar mahkamah.
A
A
A

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas merayu bagi mengemukakan hujahan rayuan berhubung prosiding komital (hina mahkamah) yang difailkan bapa bekas anggota Balai Bomba dan Penyelamat, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Hakim, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid di sini memutuskan Tommy Thomas dibenarkan menyampaikan hujahan rayuan dan menetapkan 12 Disember ini bagi pendengaran hujahan terbabit di Mahkamah Koroner.

Peguam yang mewakili keluarga Adib, Aidil Khalid ketika ditemui di luar kamar mahkamah berkata, pendengaran hujahan rayuan tersebut bagi pihak-pihak berkenaan didengar di Mahkamah Koroner selepas diputuskan hakim Mahkamah Tinggi pada prosiding hari ini.

"Untuk hari ini ia bukan lagi proses rayuan, Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan pendengaran hujah rayuan hanya akan didengar di Mahkamah Koroner nanti," katanya.

Pada prosiding di hadapan Hakim Datuk Meor Hashimi hari ini, keluarga Mohd Kassim diwakili peguam Aidil Khalid dan Mohd Zubir Embong manakala Peguam Negara diwakili Zainur Zakaria dan Markiranjit Kaur.

Pada 16 Julai lalu, Mohd Kassim Abdul Hamid, 65, memfailkan permohonan perintah komital kepada Tommy kerana menghina mahkamah berkaitan proses inkuiri kematian anaknya, anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang maut selepas terbabit dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield pada 27 November tahun lalu.

Permohonan sebelah pihak itu dibuat melalui Tetuan Mohd Zubir Embong & Associate di Pejabat Pendaftar Mahkamah Koroner.

27 Ogos lalu, Koroner Rofiah Mohamad membuat keputusan untuk prosiding itu didengar sebelum Peguam Negara melalui Peguam Kanan Persekutuan S Narkunavathy memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap keputusan Koroner itu, dua hari kemudian.

Artikel Berkaitan: